Monday, 13 January 2014

Alas gelas(coaster)

     Assalamualaikum semua.. Semasa mengemas rumah dahulu, saya telah terjumpa beberapa keping cd yang telah rosak. Saya pun teringat akan beberapa projek yang mengitar semula cd yang telah saya baca tidak lama dahulu. Di sini saya sertakan salah satu daripada projek tersebut.

Anda memerlukan:
1. Kain felt
2. Kain net
3. Glu gun atau gam
4. Gunting
5. Pen


Langkah:

1. Lapikkan kain net dengan kain felt. Lukis satu bulatn yang lebih besar dari saiz cd. Gunting

 
2. Tanggalkan kain net. Lukis bulatan sebesar cd pada kain felt sahaja. Gunting

                                      

3. Letakkan gam pada satu sisi cd dan gamkan kepada kain felt+net. Pastikan kain yang digam ialah kain felt!

4..Gunting bahagian lebihan kain felt, menghala ke bahagian dalam(lihat gambar). Ini memudahkan proses menggamkan kain ke cd. Gamkan bahagian yang digunting tadi ke cd, sehingga selesai.

 
5. Gamkan bulatan kecil ke atas kain felt yang di gam tadi.

                                    

     Anda telah berjaya membuat alas gelas. Tahniah! Selamat mencuba...
                                       

Saturday, 4 January 2014

Bingkai ajaib

     Assallamualaikum dan selamat pagi... Setiap awal tahun, saya akan mengemas seluruh rumah. Tujuannya adalah untuk membuang benda-benda yang tidak boleh digunakan seperti kasut sekolah yang tapaknya sudah licin, atau mengitar semula benda-benda yang masih boleh elok.

     Antara benda yang saya jumpa ialah kayu dari pewangi rumah. Teringat saya akan rencana yang pernah saya baca. Oleh itu, saya pun telah membuatnya semula.

Alat yang diperlukan:
4 batang kayu pewngi rumah, benang untuk mengikat

Langkah:
1. Ambil 2 batang, letakkannya dalam kedudukan 90 darjah dan ikat dengan benang.


2. Ikat semua batang tersebut sehingga sebuah segiempat telah dibentuk. Siap dan anda boleh mula menghias!



Cara-cara lain boleh digunakan untuk menghias


Selamat mencuba...

Friday, 3 January 2014

Selamat Datang: Membalut Hadiah

      Selamat Datang ke blog saya. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua. Seperti manusia lain, saya juga menanam azam untuk dicapai tahun ini. Antara azam tahun ini adalah untuk menulis blog. Angan-angan untuk menulis blog ini telah lama saya simpan, akhirnya tercapai juga impian tersebut dengan adanya blog "D.I.Y. dari Jubah Merah"

     Konsep blog ini di ilhamkan dari keadaan semasa yang dialami oleh semua rakyat Malaysia kini. Kita masih ingin hidup dalam keadaan dahulu , walaupun nilai RM telah menurun. Disebabkan itu, saya telah terpanggil untuk menulis blog ini. Antara isi-isi blog ini adalah resepi, kitar semula, hobi, dll...

     Projek pertama saya ialah cara membalut hadiah. Mungkin anda akan mengatakan apa susahnya membalut hadiah. Memang tidak susah. Anda cuma perlu ada daya imiginasi untuk menghasilkan kerjatangan yang unik

Anda perlukan:
kertas pembalut hadiah, pita pelekat, reben atau bunga untuk hiasan dan daya imiginasi


Langkah:
1. Pastikan kertas anda dapt membalut hadiah dan mempunyai lebihan. Lebihan ini akan digunakan untuk membuat hiasan


2. Lekatkan satu sisi dengan pita pelekat


3. Lipat sisi yang bertentangan mengikut kreativiti anda. Contoh di bawah ianya dilipat menyerong

 
 


4.Terbalikkan dan kemaskan dua sisi seterusnya dan lekatkan dengan pita pelekat.


5. Selesai



     Di bawah adalah beberapa contoh balutan hadiah yang boleh anda cuba...



 

Semoga berjaya menghasilkan kraf tangan yang lebih kreatif...